Home

Thursday, August 11, 2011

PUASA DAN PERUBATAN ...........!!!!!!


 
1) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk mengelakkan kemudaratan yang boleh mengancam nyawa, maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal puasanya.

2) Tidak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa tetapi makruh, begitu juga berbekam. 

3) Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan daripada doktor bagi tujuan perubatan kerana darurat. 

4) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta menyebabkan rasa kenyang. (begitu juga sekiranya pembedahan dijalankan)

5) Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta lekap) pada matanya.

6) Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.




1 comment:

Anonymous said...

nice entry.. =)

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...