Home

Thursday, September 29, 2011

Berbasikal di UPSI...

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua...
:) seindah senyuman heheeee
Kali nie entri yg agak ringkaslah....
kerja giler di malam hari kot hehee....
berbasikal dari khar ke kampus UPSI....
tapi memang bestlah berbasikal ramai-ramai....
(basikal sewa.. sejam-RM1)




Tarikh :
10 September 2011 
Malam Bakat junior ISMP UPSI 2011
TQ kawan2 SKIM yg sporting :) :)

Tuesday, September 27, 2011

Guru dan tekanan ...

Assalamualaikum w.b.t dan apa khabar semua :).... 
lamanya x update blog nie...
agak sibuk n penat sejak kebelakangan ini hmmmm..
(sorry kawan2)

GURU DAN TEKANAN

betul ke pekerjaan guru nie tekanan
huh sebelum ini memang ada desas desus menyatakan guru merupakan penghuni wat org gila paling ramai, 
paling ramai guru yg mempunyai tekanan darah tinggi....
(mungkin disebabkan bilangan guru paling ramai di Malaysia dalam penjawat awam)
HMMM risau jgk bila dgr menda ni...

TAPI HARI INI
(berita harian keluaran 27/9/2011)
klik di bawah utk lebih lanjut :)
Polis Lebih Stres Berbanding Guru

HUHHH leganya bila baca menda nie heheeee

boleh klik kat bawah nie
Cara-cara menangani tekanan 

Thursday, September 22, 2011

Misteri Buah Di UPSI :) :) :)

confused confused !!! ????


Lokasi dijumpai :
Depan markas PALAPES UPSI
Nama buah : 
tidak diketahui ????????????????
aaaaaaaaaaaaaa
puas cari kat pakcik google
tapi x jumpa jgk
(yg pasti jenis buah hutan kot) 

ada sape2 yg tau x nama buah nie....???
 BOLEH KONGSI MAKLUMAT
<<<<<peace>>>>>

Tuesday, September 20, 2011

Suasana Pagi Di Khar, UPSI........

Suasana pagi yang mendamaikan
Terbaiklah. :)
Santai-santai sebelum tugas pendaftaran
Barisan SKIM KHAR 2011...(mcm x cukup je nie) :)

GAMBAR SEBELUM 
PENDAFTARAN SENIOR ISMP UPSI 2011
4 HARI SELEPAS 
PENDAFTARAN JUNIOR ISMP UPSI 2011
Boleh klik kat bawah nie

Sunday, September 18, 2011

SEJARAH BOWLING



JANJI DARIPADA ENTRI SEBELUM INI  


Kewujudan permainan bowling telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu. Berdasarkan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan-kuburan tua Mesir Kuno. 

 Manakala....
 William Pehle, Seorang ahli sejarah Jerman, mendakwa permainan boling bermula di Jerman sekitar 300 AD. Di Jerman, permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan kewujudan dosa pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk membaling batu atau sebiji bola yang menuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekiranya semua keglers ini jatuh bererti kehidupannya bersih.  Permainan ini kemudiannya diperkenalkan oleh para biarawan Jerman kepada "masses", kemudian berkembang sebagai adat untuk menguji kepercayaan seseorang.
 

Versi England pula,
bowling bermula pada awal 1100-an. Beberapa variasi bowling, seperti "half-bowl", "Skittles" dan "ninepins", telah wujud pada pertengahan 1300-an. Tetapi, menurut penulisan yang pertama, permainan itu dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1366. Dalam rujukan ini, Raja Edward III telah mengharamkan permainan ini dimainkan oleh para askarnya kerana permainan itu telah menyebabkan tenteranya tidak melakukan latihan memanah. Kemudian, Pada zaman pemerintahan Raja Henry VIII, permainan bowling telah mendapat populariti dan dimainkan sebagai simbol bangsawan dan status sosial.


Pada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Melalui inilah, bowling mengalami perubahan dan dimodenkan. Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan. Dan akhirnya bowling semakin dikenali dan mendapat tempat apabila sukan bowling pertama iaitu "Championship Bowling" oleh NBC disiarkan. Perubahan dan pemodenan yang dialami telah membawa kepada penubuhan Kongres Bowling Amerika (ABC) pada 9 September 1985. Kongres ini berperanan dalam menentukan piawai boling di Amerika Syarikat serta mengatur pertandingan rasmi. 

Tahun demi tahun dan hinggalah sekarang, boling telah mengalami perubahan. Dengan kepesatan teknologi masa sekarang, perubahan jelas dapat dilihat melalui penciptaan bola bowling. Bola bowling yang dahulukalanya diperbuat daripada kayu keras, 'lignum vitae', kemudiannya diperhebatkan dengan diperbuat daripada getah , 'Evertrue'. Sembilan tahun kemudian, Brunswick Corporation telah memperkenalkan Mineralite Ball.




Selama bertahun-tahun, permainan bowling  telah berubah. Pelbagai taktik telah dicipta.  Permainan boling telah menjadi salah satu sukan popular dan mendapat tempat di seluruh dunia.
Sumber :
(pakcik google)

mood
(rindu main bowling)

Friday, September 16, 2011

Futsal Oh Futsal....

TEAM CELUP HEHEE
(team sbnr x jumpa gmbr, xtau letak mane)

FUTSAL OH FUTSAL
lama betul rasenye x main futsal kat upsi ni....
gian betul rase nak main...
KALAU DULU :
 tiap-tiap ptg main kat bawah KHAR ni...
 Tiap-tiap minggu ada je main kat Ulu Bernam....
(main suka-suka atau persahabatan)
main kat elite jarang skli (mahal sgt hehee)
Kalau pertandingan selalu main peringkat dalaman UPSI jela 
time dulu2 nie happy betul rase..ada je menda nak di buat...
HMMMMM

TAPI KINI :
apakan daya...
masa dah berlalu...
geng2 futsal pun dah xde..
(ntah apa perkembangan diorg kat kg tau)
(semuanya menyepi je)
Aku yg kat upsi bekerja ni hmmm..
bosan tahap gaban betul la
Tiada lagi keluar mlm ramai2....
tiada lagi main futsal tgh malam buta....
(HEHEHEE)

KINI bukan zaman aku di UPSI
(terasing btl rase duk kat cni)
X kenal sgt junior2
aktiviti pun agak terbatas
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
nasib baik ada blog nie utk menghabiskan masa lapang
(dikala kebosanan la)

<<<<<peace>>>>>

Thursday, September 15, 2011

LAGENDA 115Z (YAMAHA) vs WAVE 125X (HONDA) ...

15 September 2011
jalan2 tgk kedai moto area Tg Malim. :) ...
saje je tgk2...
memasang angan-angan
Manelah tau suatu hari nanti ada rezeki nak memiliki moto sendiri...
kan kan kan
buat masa nie memang XLA, xde bajet.....hehe 
antara yg berkenaan :
(buat masa ini la)

LAGENDA 115Z  (YAMAHA)

WAVE 125X (HONDA)

TAPI :
xtaulah mana satu yg ok :(
apa pilihan kawan2 sekiranya nak beli laa
(antara 2 kat atas nie je tau)
<<<<peace>>>>

Wednesday, September 14, 2011

Mencari Pekerjaan :).....

Gambar Pasport Buat Sendiri heheeee
(utk resume)

MENCARI PEKERJAAN...
X KIRALAH SWASTA ATAUPUN KERAJAAN
(mcm terdesak sgtlah plak hehe)
Kalau ada, tlg2 la info yea kawan-kawan


Memandangkan banyak info2 yg menyatakan posting tahun depan......
TERPAKSALAH berusaha mencari kerja yg lebih baik...
terpaksalah melupakan hasrat seketika utk menjadi GURU 
uwa uwa  :(   mood kecewa
TAPI APA BOLEH 
SABAR JELAH.....

Tuesday, September 13, 2011

Pendaftaran ISMP UPSI 2011 ........

Persediaan sebelum proses pendaftaran kolej
(antara bidang kerja skim khar)

Tugas : menjaga kaunter pendaftaran Kolej

Bersantai selepas tugas :) :)


Suasana Pelajar Baru ISMP menunggu bas
Minggu Suai Kenal (MSK) tamat pada
11 September 2011
SELAMAT BERKULIAH DI UPSI 
<<<<PEACE>>>>

Sunday, September 11, 2011

Barisan SKIM KHAR, UPSI 2011.....

7 September 2011
Pendaftaran ISMP UPSI 2011.......
(penglibatan terakhir bagi diriku (MUNGKIN) )
selepas penglibatan selama 3 tahun kot....
HMMM
macam2 ragam dan suka duka SKIM KHAR nie........
di KHAR la aku menghabiskan masa ketika cuti sem menambah duit poket :)...
walaupun
perasaan nak jumpa keluarga di kampung itu menebal dlm diri...
namun aku tabahkan juga diri ini utk bekerja bg meringankan beban mereka.....

APA YG ISTIMEWANYA DALAM SKIM 2011...
kami berjaya mereka sendiri baju SKIM ahahaaahaaaa
dapatlah 2 helai baju dlm 1 sesi...
(jgn marah skim2 lame :) :) )




info :
entri akan datang 
berkenaan bidang kerja SKIM :)
(kalau ada masa)
<<<< peace >>>>

Saturday, September 10, 2011

Antara hidup dan mati .......

6 September 2011
(sekitar 12.30-1.00 am)
kisah sebelum aku pulang ke TG. MALIM..............

 kereta yg dinaiki

 tayar pecah

van yg menjadi mangsa

ulasan ringkas :
Antara hidup dan mati...
tiada siapa pun yg inginkan kemalangan ...
tetapi sudah menjadi suratan takdir...
SYUKUR ALHAMDULILLAH SEMUANYA SELAMAT...
CUMA kereta je yg agak teruk......



Thursday, September 8, 2011

SKIM KHAR, UPSI :)

hmmm, agak penat la plak mlm nie..
Terlibat dengan pendaftaran ISMP UPSI 2011....
so, x banyaklah yg hendak ditulis...
SKIM oh SKIM....
MUNGKIN hari ini merupakan penglibatan pendaftaran terakhir bagi diriku.....
hampir 3 tahun lebih la jgk terlibat dengan pendaftrn kat KHAR nie...
tempat mencari wang sampingan ketika cuti sem...
cukup utk menampung pembelajaranku di UPSI...
(KREDIT UTK SKIM KHAR) ...
banyak kisah suka duka di sini :)

BANGUNAN TEMPATKU BEKERJA
KOLEJ HARUN AMINURRASHID (KHAR), UPSI

Sunday, September 4, 2011

mood di kampung vs mood bekerja ...

:)
mood masih berada di FELDA CHINI TIMUR 01.. (Kampungku)
raya aidilfitri dah masuk hari ke 6
kalau diikutkan ramai yg dah balik utk bekerja...
tapi aku hmmm :)........ rileks ag..
arghhh malasnye ase nak balik....
x boleh malas2 (bahaya penyakit 2).......
insyaALLAH kalau xde aral melintang,
ari selasa ini balik TG MALIM..
Tugas harus dilaksanakan (btl x kawan2)....

 kawan sekerjaku :)
kerja kat cni kena ikut etika kerahsiaan hahaaaa (sebab 2 ada sulit)

KEPADA MAHASISWA/MAHASISWI UPSI
YANG AKAN MENDAFTAR MASUK SESI 2011/2012
UCAPAN TAHNIAH KEPADA KALIAN 
JUMPA DI KOLEJ HARUN AMINURRASHID
(KHAR)
SEKIRANYA ANDA MENDAFTAR DI SANA :)

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...