Kita sering mendengar tentang ungkapan ‘janji Melayu’. Biasanya ungkapan ini membawa kepada maksud yang negatif iaitu merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Mengapakah terjadi sedemikian?. Apakah benar masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang tidak suka menepati janji? Sehubungan dengan itu, pepatah Melayu yang mengatakan `bagai menanam tebu di tepi bibir’ hendaklah diambil perhatian kerana ia merujuk kepada orang yang suka menabur janji tetapi tidak suka menunaikannya.
JANJI!!!! Merupakan satu perkara yang cukup penting bagi semua org di dunia ini. janji juga boleh dikatakan sumpah, pakatan dan seumpamanya
Perkara yang sangat dituntut terhadap orang Islam ialah menunaikan janji setelah berjanji sama ada sesama muslim ataupun sebaliknya. Menunai setiap apa yang dijanjikan sangat dituntut dalam Islam sama ada perkara yang dijanjikan itu kecil ataupun besar selagi perkara itu tidak membawa kepada maksiat atau pergaduhan.
Firman Allah dalam al Quran:
‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’. (Surah Al-Esw: 34)
Dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyuruh semua hamba-Nya supaya menepati janji apabila dia berjanji dan hendaklah berpegang dengan janji apabila seseorang itu telah berjanji pada waktu dan tarikh yang dijanjikan. Maka hendaklah dia tunaikan pada waktu dan tarikh yang telah dipersetujui itu, walau apapun halangan mestilah menepatinya. Peningkatan prestasi serta lambang keperibadian muslim yang baik dan disenangi adalah terletak pada ketegasan dalam menepati janji. Andainya terdapat sesuatu yang tidak boleh dielakkan, hendaklah dibatalkan ataupun diubah tarikh dan waktunya secara terbaik seperti isytihar kalau berjanji dengan pihak umum atau secara telefon sekiranya dengan individu, supaya pihak lain tidak ternanti-nanti.

Tidakkah kita terfikir akan dipandang serong oleh kaum-kaum lain di Malaysia ini..Sebagai seorang melayu dan beragama islam kita harus malu dengan ungkapan ini. Agama islam sendiri mengutuk perbuatan memungkiri janji dan disamakan dengan golongan munafik. Ayuhla bangun orang melayu merubah mentaliti dan menghapuskan ungkapan “janji melayu” menjadi suatu ungkapan positif....
1 comment:
tunaikan janji dgn segera supaya tak membebankan org yg ditinggalkan bila kita tiada nanti. nice entry! ^^
p/s : kunjungan bls & follow sini jugak. ^^
Post a Comment