Home

Sunday, January 9, 2011

Sejarah, Lagenda dan Mitos Tasik Chini..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kesinambungan entri terdahulu.........


WOW.... nape ada naga yek...mcm dlm komik2 plak gmbar nie...
OK...Sebenarnya naga cukup sinonim dgn lagenda Tasik Chini...
SO....sy letak la gmbar naga sebagai mukadimahnya..

Kisah sejarah, lagenda dan mitos tentang 
Tasik Chini :

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

P/S
  • Sambungan akan ditulis pada entri akan datang...hehe

2 comments:

azwa_amani said...

mmmm..uuu..ooooooo..gitu rupenyerrr..bru tau..

zita_naruto said...

Hmm... pe yg pasti,kisah naga tasik Chini menjadi tanda tanya. Menurut orang tua2 hanya orang tertentu dapat melihat naga tersebut, Walaubagaimanapun semua itu kuasa Tuhan.. Hanya Dia Mengetahui segalanya..

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...