JANJI DARIPADA ENTRI SEBELUM INI
Kewujudan permainan bowling telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu. Berdasarkan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan-kuburan tua Mesir Kuno.
Manakala....
William Pehle, Seorang ahli sejarah Jerman, mendakwa permainan boling bermula di Jerman sekitar 300 AD. Di Jerman, permainan ini merupakan satu upacara keagamaan untuk menentukan kewujudan dosa pada seseorang. Dalam upacara ini, seseorang yang dipersalahkan dikehendaki untuk membaling batu atau sebiji bola yang menuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekiranya semua keglers ini jatuh bererti kehidupannya bersih. Permainan ini kemudiannya diperkenalkan oleh para biarawan Jerman kepada "masses", kemudian berkembang sebagai adat untuk menguji kepercayaan seseorang.
Versi England pula,
bowling bermula pada awal 1100-an. Beberapa variasi bowling, seperti "half-bowl", "Skittles" dan "ninepins", telah wujud pada pertengahan 1300-an. Tetapi, menurut penulisan yang pertama, permainan itu dicipta oleh Raja Edward III pada tahun 1366. Dalam rujukan ini, Raja Edward III telah mengharamkan permainan ini dimainkan oleh para askarnya kerana permainan itu telah menyebabkan tenteranya tidak melakukan latihan memanah. Kemudian, Pada zaman pemerintahan Raja Henry VIII, permainan bowling telah mendapat populariti dan dimainkan sebagai simbol bangsawan dan status sosial.
Pada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Melalui inilah, bowling mengalami perubahan dan dimodenkan. Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan. Dan akhirnya bowling semakin dikenali dan mendapat tempat apabila sukan bowling pertama iaitu "Championship Bowling" oleh NBC disiarkan. Perubahan dan pemodenan yang dialami telah membawa kepada penubuhan Kongres Bowling Amerika (ABC) pada 9 September 1985. Kongres ini berperanan dalam menentukan piawai boling di Amerika Syarikat serta mengatur pertandingan rasmi.
Tahun demi tahun dan hinggalah sekarang, boling telah mengalami perubahan. Dengan kepesatan teknologi masa sekarang, perubahan jelas dapat dilihat melalui penciptaan bola bowling. Bola bowling yang dahulukalanya diperbuat daripada kayu keras, 'lignum vitae', kemudiannya diperhebatkan dengan diperbuat daripada getah , 'Evertrue'. Sembilan tahun kemudian, Brunswick Corporation telah memperkenalkan Mineralite Ball.
Selama bertahun-tahun, permainan bowling telah berubah. Pelbagai taktik telah dicipta. Permainan boling telah menjadi salah satu sukan popular dan mendapat tempat di seluruh dunia.
Sumber :
(pakcik google)
mood
(rindu main bowling)
1 comment:
kalau saya main boling..banyak masuk longkang...haha.
Post a Comment