Home

Sunday, August 14, 2011

Lailatul Qadar / malam 7 likur ............... :)




1) Lailatul qadar dapat disaksikan oleh orang yang dikehendaki oleh Allah pada tiap-tiap tahun di dalam bulan Ramadhan. 

2) Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud : 

“Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan”. 

3) Para Ulama’ berselisih pendapat tentang sama ada tanda-tanda lailatul qadar dapat dilihat oleh mereka yang memperolehinya atau tidak. Namun begitu kebanyakan Ulama’ berpendapat bahawa pahala ibadat diperolehi oleh orang yang beribadat pada malam itu seperti bertarawih, bertadarus, membaca al-Qur’an dan sebagainya meskipun tidak dapat melihat tanda-tandanya. 


#######


 Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di halaman rumah kerana percaya bahawa roh-roh orang yang meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia hanyalah adat setempat yang diharuskan selagimana tidak bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya. 


heheee, saje je masuk kan info nie awal ckit...
manelah tau tibe2 nak balik kg awal ke..
x dpt nak update pasal malam 7 likur nie...
mengimbau kenangan zaman budak2 dulu....
masing2 xnak kalah pasang pelita..
tapi memang best la,  memang meriah laa..
( rindunye zaman 2) 
:( 

No comments:

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...