Home

Monday, January 31, 2011

Risiko berumah tangga lewat..!!!!!!!!!!!!!!!!


SLM SEMUA...
HMMM, LAMENYE X UPDATE SEJAK BERADA DI KAMPUNG NIE
ALMAKLUMLAH, BROADBAND PUN X BELI LG....
NAK PG CC PUN ASYIK UJAN JE....
(MUSIM UJAN SKRG NIE)
XPELAH, ALHAMDULILLAH DAPAT JGK UPDATE BLOG SEBULAN JAGUNG NIE HEHEE..
KETIKA KEBOSANAN DI KAMPUNG, TIBA-TIBA TERBACA SATU CERITA NIE...
HMMMM..BC SENDIRI LA...PEACE
^
^
^
^
^
^
&

 gambar hiasan


WANITA BERUMUR 35 TAHUN SUKAR DAPAT ANAK

LONDON- Satu kajian Kolej Diraja Obstetrik dan Ginekologi Britain mendapati wanita berumur 35 tahun mempunyai peluang yang lebih sukar untuk mendapatkan anak berbanding wanita berumur 10 tahun lebih muda, lapor sebuah akhbar semalam.
Laporan itu menyatakan, ibu bapa yang lebih tua sukar memperoleh cahaya mata.
Menjelang umur 40 tahun, seorang wanita lebih cenderung mengalami keguguran berbanding dapat melahirkan anak.
Laporan itu turut menyatakan tahap kesuburan lelaki berkurangan bermula umur 25 tahun.
Beberapa doktor menganggarkan bahawa lelaki yang secara puratanya berumur 40 tahun memerlukan masa dua tahun untuk membuatkan pasangannya hamil walaupun isterinya itu berusia dalam lingkungan 20-an.
Laporan tersebut dianggap sebagai petunjuk mengenai bahayanya mendirikan rumah tangga pada usia lewat.

Sumber: kosmo, sabtu 29 Januari 2011. Hlm 46

RISAU GAK BILE BACA KAJIAN NIE....
HHHMMMM AGAKNYA APE SEBABNYA.....
jeng..jenggg
antaranya:
  • kerjaya kahhh
  • xde duit kahhh
  • persekitaran kah
  • atau anda nilai jela sendiri..heheeheee
pesanan
  • sory x dpt update byk2...cbb nak chow dah

Sunday, January 23, 2011

BALIK KAMPUNG ...!!!!!!!!!!!!!


perhhh tiba2 ada gmbar SELAMAT BALIK KAMPUNG.....hehee, 
memang senyum lebar la bagiku....(tapi dalam hati kecil berat utk pergi)

^
^
^
^
^
^
^
LAMA GILER, RASE X BALIK KAMPUNG
(kenapa yek)
hmmm inilah sebabnya..(bekerja kat ofis bwh nie)...
dptlah ringan kan beban belanje kat upsi
so kuranglah mintak duit kat PAMA (PAPA N MAMA) hehhee...

LEPAS NIE XTAULAH BILE LA PLAK BOLEH UPDATE BLOG NIE
PADAHAL BARU JE MULA BUAT KAN...
XPELAH NANTIKAN JELAH APA PERKEMBANGAN SETERUSNYA

Tuesday, January 18, 2011

PESTA MENGUTIP, MEMBANTU ATAU MENCURI................!!!!!!!!!!!!!


SEKITAR GAMBAR PESTA HAHAA


APA NAK JADI DENGAN MASYARAKAT MALAYSIA SKRG ..!!!!!!...ISH, ANDA NILAILAH SENDIRI

PESTA ini terjadi di SEREMBAN apabila kenderaan yang membawa duit syiling terbalik dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)...

Pengguna jalan raya termasuk wanita mengambil kesempatan dgn mengutip duit syiling tanpa mempedulikan anggota polis dan petugas lebuh raya yang turut berada di lokasi kejadian.
(apalah tindakan pihak berkuasa?????)...agak menghairankan.........

BAGI PENGUTIP PULAK..APALAH PERASAN MEREKA KAN.... adakah itu rezeki???????...atau adakah itu rahmat????????...atau adakah halal utk digunakan???????..ATAU ADAKAH MEREKA RASE TIDAK BERSALAH SAMA SEKALI SEHINGGA SANGGUP MENGGADAIKAN NYAWA MENGUTIP DI LEBUH RAYA..????????

(ANDA NILAIKAN LAH SENDIRI)
.
Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan
http://www.hmetro.com.my



Wednesday, January 12, 2011

BETULKAH LELAKI LEBIH RAMAI DARIPADA WANITA DI MALAYSIA..!!!!!!!!!!!????????

Slm...agak mengejutkan pernyataan di atas...tetapi itulah hakikatnya skrg...

Menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100. 
Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.

TETAPI 
ADAKAH BENAR LELAKI LEBIH RAMAI BERBANDING WANITA DI MALAYSIA INI ?????
AGAK SUKAR DIPERJELASKAN OLEH SAYA...KERANA berdasarkan pengamatan saya;
  • di sekolah lebih ramai wanita daripada lelaki....
  • di universiti juga wanita lebih ramai...
  • Apakah saya yg tersilap pengamatan..hmmm!!!! hehee keliru2
 ATAU ADAKAH KEMUNGKINAN LAIN YG MENYEBABKAN GOLONGAN LELAKI LEBIH RAMAI??? 
CONTOHNYA:
  • bancian turut dilakukan terhadap warga asing yg bekerja kot...(byk 2 golongan lelaki asing yg bekerja di Malaysia nie)...X MUNGKIN KOT.. pembanci kan kena telus..

OK LAH, XPELAH APA YG PENTING KEPUTUSAN ITU SUDAH ADA....AGAK BANGGA SAYA DI SINI SEBAGAI LELAKI
HIDUP LELAKI HEHE (JGN MARAH YE)

p/s kepada golongan lelaki (termasuk sy) hehe
  • tingkatkan produktiviti
  • tingkatkan kepimpinan (anda harus menjadi pemimpin)
  • tingkatkan kebolehan
  • kuatkan keimanan
  • kurangkan kemasukan di penjara dan pusat serenti...hehee
  • wahai kaum sejenis ku buktikan kemampuan anda.........hehee

WAKIL MALAYSIA DI PIALA ASIA QATAR ????????

Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh 
Tarikh Lahir: 17.11.1966 
Pekerjaan: Guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Nibong Tebal


perhhh ini la wakil Malaysia di Piala Asia, Qatar...hehee
bangga weh, cikgu 2...
seblm nie pernah menjadi pengadil Piala Dunia di Afrika Selatan...tp agak kecewa sebab jadi pengadil keempat je.....\

Tugas pertama Piala Asia menjadi pengadil utk perlawanan antara:
Korea Utara vs U.A.E (11 Januari 2011)
berkesudahan 0-0

 PERSOALANNYA DI SINI ...!!!!!!!
BILAKAH PASUKAN MALAYSIA PULA YG AKAN LAYAK....????????
TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA LAH NANTI...(doakan sekali yea)
APA-APA PUN TAHNIAH KPD SKUAD NEGARA YG BERJAYA MENJULANG PIALA SUZUKI....(TERBAIKLAHHHH, walaupun dah agak lapuk ni hehee)



Tuesday, January 11, 2011

Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010...????????????????

MASIH HANGAT KEPUTUSAN NI...........!!!!!!!!!!!!!!!

JATUH KEPADA HEHEEE (SIAP ADA POSTER MAMAT NIE KAT BILIK)
INILAH ORANGNYA.....

LIONEL MESSI (ARGENTINA DAN BARCELONA)
GEMPAK SIOT...

TAPIKAN, AGAK TERKILAN TGK PERMAINANNYA DGN ARGENTINA AGAK TENGGELAM
APAKAH SEBABNYA?
ADAKAH ARGENTINA TIADA PEMAIN SOKONGAN SEPERTI MESSI MAIN DGN BARCELONA
ATAU
ADAKAH ARGENTINA KEKURANGAN PEMAIN TGH BERKALIBER SEPERTI SEPANYOL
(ANDA NILAI LA SENDIRI)

KREDIT UTK INIESTA DAN XAVI (PEMAIN TGH SEPANYOL DAN BARCELONA) YG BYK MEMBANTU PERMAINAN MESSI DI BARCELONA.......
(GUA TABIK LU ORG AR BROOO, TERBAIK)

KEPUTUSAN PENUH

Jurulatih Terbaik Dunia 2010,

Jose Mourinho (Real Madrid) menewaskan Vicente del Bosque dan Pep Guardiola selepas membawa Inter Milan mencatat kejayaan hatrik termasuk memenangi Liga Juara Juara

Senarai pemain-pemain yang tersenarai dalam pasukan terbaik dunia 2010 :
  • Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid & Spain)
  • Pertahanan: Maicon (Inter Milan & Brazil), Gerard Pique (Barcelona & Spain), Lucio (Inter Milan & Brazil), Carles Puyol (Barcelona & Spain)
  • Pemain Tengah: Andres Iniesta (Barcelona & Spain), Xavi (Barcelona & Spain), Wesley Sneijder (Inter Milan & Holland)
  • Penyerang : Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal), David Villa (Barcelona & Spain), Lionel Messi (Barcelona & Argentina)
 P/S
  • harap2 kptsn ini tidak dipertikaikan lg..(ceh wah, mentang2 ajl25 br nie ada dipertikaikan) heheee
  • SAMBUNGAN MENGENAI PIALA ASIA AKAN DITERUSKAN ENTRI AKAN DATANG.... RASENYA ADA WAKIL MALAYSIA DI SANA.... (SAMA2 KITA TUNGGU YA ENTRI SETERUSNYA) HEHEEE

PIALA ASIA DOHA 2011 !!!!!!

 SLM SEMUA.....



HA  HAAA.... TIBA2 PLAK ADA GMBAR PIALA...
AGAK2 PIALA APA NIE YEK....CUBA TEKA...SAPE DPT JAWAB ANGKAT TGN...HEHEEE (mcm tanya soalan kat anak murid plak)

OK LAH..... SEBENARNYA JENG JENG.(nada suspen)..!!!!!!!!!!
#
#
#
#
#
 # 
#
#
#
HA INI LAH DIA
(walaupun x sefemes World Cup, kena amik tau jgk sbg peminat bola sepak)


HA NIE JADUAL PERLAWANANNYA.......
TGH HANGAT BERLANGSUNG SKRG NIE... 
(7 JAN 2011 HINGGA 29 JAN 2011).


BYK MENDA LEH TULIS LG NIE...
TAPI, HMMM 
KITA SAMBUNG ENTRI LAIN PLAK YEA HEHEEE
NANTIKAN KEMUNCULANNYA....!!!!!!!!!!

ANA RAFFALI (Tolong Ingatkan Aku) : Juara AJL25 (2011).........!!!!!!!!!!!!



 NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

(lirik lagu: Tolong Ingatkan Aku)


LIRIK DI ATAS CUKUP MENDALAM.(PANDANGAN SY LAH HEHEE)...

TAPIKAN KENAPA MASIH ADA YG TIDAK BERPUAS HATI YEKKKK..!!!!!!!!ISH2222

ADAKAH LAGU NIE BENAR2 LAYAK JADI JUARA????
ATAU
ADAKAH INI PERMAINAN TV3 UTK MENAIKKAN ARTIS2 BARU SEPERTI SEBELUM2 INI???(dapat dilihat sejak kebelakangan ini lah)


HMMM PELBAGAI KEMUNGKINAN   kan kan kan..!!!!!!!!!!

TETAPI CUKUPLAH...kptsn adalah muktamad...jgn ada lagi yg tidak berpuas hati...
bak kata pepatah (rumah dah siap, pahat masih berbunyi)..hehee




APA-APA PUN NILAI LAH SENDIRI....ANDA BERHAK UTK MENILAI........)





Monday, January 10, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU (AJL25) (2011).........!!!!!!!!!!!!

TIBA2 PLAK RASE NAK TULIS TENTANG HIBURAN..ALMAKLUMLAH AJL25 TELAH MELABUHKAN TIRAI SEMALAM...

TAPI 2LA AGAK LAMBAT MENULIS TENTANG AJL25 NIE..APA2 PUN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG AJL25 (pasti semua dah tau keputusan penuhkan)


xpelah masukkanlah jgk kptsnnya..pasti ramai yg terkejut dan kecewa..
SEBAB GEMPAK..HAHAAA


Juara: Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
Naib Juara: Drama King, Meet Uncle Hussain dan Black
 Tempat Ketiga: Noktah Cinta, Hafiz AF
Vokal Terbaik: Noktah Cinta, Hafiz AF
Persembahan Terbaik: Hanyut, Faizal Tahir

GAMBAR PEMENANG AJL25

TAPIKAN 


ADA YG MENARIKLAH UTK DITULIS... K LAH NANTIKAN ENTRI AKAN DATANG HEHEE

Sejarah, Lagenda, Mitos Dan MASA KINI..........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Kenapa yek tajuk sejarah, lagenda, mitos dan MASA KINI ? Mestilah bersebabkan...hmmmm
BEGINI SEBENARNYA JENG...JENG HEHEE 
 
Sejarah merupakan peristiwa yg benar2 berlaku pada masa lalu. Sejarah harus menjadi iktibar kepada semua supaya tidak mengulangi kesilapan sama. selain itu sejarah juga mengajar kita mengenali sesuatu itu seperti budaya, masyarakat, tingkah laku masyarakat terdahulu. Oleh itu sejarah amat penting dan jangan dilupakan begitu sahaja.....Manakala lagenda dan mitos merupakan penyedap cerita sejarah dan bergantung kepada masyarakat untuk menerimanya......MASA KINI pula peristiwa terkini yg berlaku (bak kata org masih panas la isu ini)....

SEBAB KEDUA SY MENULIS TAJUK INI IALAH :
UNTUK BERALIH ARAH PENULISAN KEPADA ISU MASA KINI (TETAPI sejarah, lagenda dan mitos xkan sy lupakan)

APAKAH ISU MASA KINI (cukup luaskan, xpelah kita senaraikan apa yg termampu..kalau terlupa kita tambah dari semasa ke semasa)
  • KEAGAMAAN
  • SUKAN
  • HIBURAN
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • NEGARA
  • DUNIA
  • HARIAN
  • SOSIAL 
  • MASYARAKAT
  • KELUARGA
  • DAN LAIN-LAIN
PERHHHH BESAR BETUL CITA-CITA PENULISAN SAYAKAN....

PERSOALANNYA...ADAKAH SAYA MAMPU MENULIS SEMUA INI???????? HEHEEE
(TGK MOOD DAN KEADAANLAH MCM MANE).......

NANTIKAN ENTRI SETERUSNYA



 

TASIK CHINI, PEKAN, PAHANG...........



PERHHHH SIAP GUNA GOOGLE MAP NIE HEHEE
Tasik Chini terletak di tepi kanan Sungai Pahang iaitu kira-kira 100 kilometer dari bandar Kuantan. Tasik ini berada dalam kawasan 12.565 hektar hutan belantara tropika yang indah. Tasik Chini merupakan tasik asli yang kedua terbesar di Malaysia.
 
LAYAN GAMBAR2 NIE
 HUHH..CUKUPLAH KOT GMBAR NIE...BYK LG KAT GOOGLE IMAGE HEHEE

MCM2 AKTIVITI BOLEH BUAT KAT SINI:
  1. MEMANCING
  2. NAIK BOT PUSING TASIK
  3. BERKHEMAH
  4. JUNGLE TREKING
  5. MELAWAT ORANG ASLI
  6. MENIKMATI PANORAMA 
  7. DAN LAIN-LAIN
 
semoga anda tertarik ...................... (enjoy)
 

Kajian UKM...!!!!!!!!


HAHA...DARIPADA LAGENDA TIBA2 MUNCUL PLAK LOGO UKM.ISH222
MESTI LAH ADA SEBABNYA DAN KAITANNYA (SABAR, HEHEE)










 INILAH DIA KISAH NYA

Kehebatan tasik menarik ramai orang, terutama penyelidik dan peneroka datang ke lokasi ini untuk membuat ujikaji penyelidikan, untuk menjelajah dan untuk menghargai kekayaan khazanah sumber alam Tasik chini. Oleh kerana itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti kebangsaan UKM telah menubuhkan satu stesen penyelidikan di sini iaitu Pusat Penyelidikan Tasik Chini (UKM-PPTC) untuk membuat kajian dalam aspek biodiversitinya. Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan berasal dari Pahang telah meletakkan batu asas PPTC yg diselenggara oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada JANUARI 2008.

Hasil dari kajian mereka, mereka telah menghasilkan sebuah buku tentang Tasik chini yang mengandungi himpunan gambar orang asli yang tinggal sekian lama di yang dipanggil Orang Asli Jakun, fauna termasuk ikan, mamalia, reptilia dan flora. Misalnya, Tasik Chini dimiliki pokok Rafflesia dan banyak lagi. Selain itu, kawasan ini juga kaya dengan pelbagai tumbuhan bermanfaat kepada manusia. Salah satu gambar dalam buku ini tasik teratai yang bereksperimen dengan para penyelidik yang dapat alami penapis air yang tercemar. Dalam urutan kata, teratai mampu berfungsi untuk membersihkan air kotor di kawasan tercemar di bandar.Tasik Chini juga habitat kepada haiwan, burung dan lain lain. Gambar haiwan katak, burung helang, ikan diabadikan dalam buku sebagai khazanah berhargaTasik Chini dan perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Ketua Pusat penyelidikan memperkenalkan PPTC. UNESCO telah menyatakan bahawa Tasik Chini sebagai rizab biosfer kerana sifat semulajadinya. Hal ini menunjukkan bahawa secara umum Malaysia sebagai negara kepelbagaian biodiversiti dan mempunyai inisiatif yang baik untuk memelihara alam. Bahkan, ada banyak pengunjung tempatan dan antarabangsa melawat dan mempunyai kajian mereka di Tasik chini. Sebagai contoh, di bawah prgram Sustainability of Tropical Heritage sekumpulan pelajar dari John Moore University dan University of Melbourne datang ke Tasik chini untuk tujuan penyelidikan.




P/S: 
Cerita dan kenyataan ini diambil daripada jeng jenggg..hehee (ada di bawah ni)

Lagenda Kota Dalam Tasik Chini !!!!!!!!!

 GAMBAR HIASAN

Adakah benar Tasik Chini Mempunyai Kota.....
Anda nilai lah sendiri kisah ini...


Satu lagi lagenda Tasik Chini adalah kota purba Khmer (Thai-Kampuchea) yang tenggelam. Misteri ini mungkin akan diperjelaskan tidak lama lagi setelah penemuan beberapa artifak yang seakan-akan buatan Khmer purba di dasar tasik ketika penyelidikan dijalankan baru-baru ini. Namun hingga kini perkembangan penyelidikan masih lagi menimbulkan persoalan.. ADAKAH UTK BERAHSIA DARI PENGETAHUAN UMUM???.ATAU.. ADAKAH HANYA OMONGAN KOSONG???.SAMA2 LAH KITA TUNGGU JAWAPANNYA...

Tasik Chini juga mempunyai keunikan tersendiri dengan bunga teratai yang tumbuh secara semulajadi.
Ramai yg membuat spekulasi mengenai pokok teratai ini. Hal ini kerana teratai adalah sebahagian unsur kebudayaan purba di Asia Tenggara yang didominasi agama Hindu serta Buddha. Tambahan pula di lain-lain tasik di seluruh Malaysia, tiada teratai yang tumbuh secara semula jadi. Ada yang berpendapat teratai Tasik Chini tumbuh meliar lanjutan teratai yang dahulunya disemai oleh penghuni kota Tasik Chini yang tenggelam.



Sunday, January 9, 2011

Sejarah, Lagenda dan Mitos Tasik Chini..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kesinambungan entri terdahulu.........


WOW.... nape ada naga yek...mcm dlm komik2 plak gmbar nie...
OK...Sebenarnya naga cukup sinonim dgn lagenda Tasik Chini...
SO....sy letak la gmbar naga sebagai mukadimahnya..

Kisah sejarah, lagenda dan mitos tentang 
Tasik Chini :

Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu, sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya, wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan diri. Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu kepada rakannya, tetapi mereka tidak mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat. Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut, seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan, Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar, Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

P/S
  • Sambungan akan ditulis pada entri akan datang...hehe

ANDA MUNGKIN MEMINATI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...